Nuffnang Ads

Monday, July 18, 2016

KELEBIHAN DOBI LAYAN DIRI

      Perniagaan Dobi Layan Diri juga disebut Coin Laundry/ Self Service Laundry masih baru di Malaysia dan masih kurang penerimaan dari orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

      Ini kerana perniagaan ini memerlukan kos yang tinggi dan lokasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendapatan harian. Lokasi yang tidak strategik atau kurang sasaran pengguna menyebabkan banyak peniaga yang terpaksa gulung tikar. Antara contoh lokasi strategik ialah kediaman pelajar/pekerja, apartment, flat, kondominium dan perumahan. Kawasan apartment memang sukar untuk mengeringkan pakaian dalam masa yang singkat disebabkan persekitaran yang kurang pencahayaan dan lembab.

      Jika anda berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan dobi layan diri anda haruslah mencari pembekal yang betul-betul boleh dipercayai dari A - Z. Dari jualan mesin sehingga ke servis,.. Ada sesetengah pembekal lepas tangan selepas menjual mesin kepada pembeli.

      Jika nak dikira perbelanjaan dobi sendiri dan layan diri memang berbaloi...ini kerana kita terpaksa juga membayar bil elektrik, bil air dan terpaksa menjemur di luar untuk mengeringkan pakaian. Dengan mesin dobi layan diri mula dengan basuhan hingga pengeringan dilakukan oleh mesin. Pakaian juga boleh terus dipakai.. Jimat masa dan tenaga.... Camne ...Tak caya ..Cuba dulu ... Baru Caya!!!